De Ligt jaring gol sendiri dalam perlawanan persahabatan Juventus menentang Inter Milan
Matthijs de Ligt tersepak bola ke dalam gawang sendiri selepas 10 minit perlawanan pertama yang dimainnya dari permulaan bersama Juventus.
NANJING, CHINA: Matthijs de Ligt tersepak bola ke dalam gawang sendiri selepas 10 minit perlawanan pertama yang dimainnya dari permulaan bersama Juventus.
Namun penjaga gol veteran Gianluigi Buffon dapat menjaminkan kemenangan 4-3 untuk Juventus dalam penentuan penalti ke atas Inter Milan di perlawanan persahabatan pada Rabu (24 Jul).
Perlawanan itu tamat 1-1 selepas 90 minit, dengan Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan untuk Juventus selepas gol sendiri De Ligt.
Buffon, 41 tahun, muncul wira dalam penentuan penalti selepas kembali bersama juara Serie A itu setelah setahun menyertai Paris Saint-Germain.
Jurulatih baru Juventus Maurizio Sarri berkata buat masa ini beliau masih boleh "menerima kesilapan".
“Kami masih boleh memperbaiki prestasi, terutama di bahagian serangan,” kata bekas ketua Chelsea itu.
“Ia tentang mengubah gaya pemikiran dan ia bukan mudah untuk dilakukan dalam tempoh yang singkat.”
Pemain remaja warga Belanda, De Ligt yang menyertai Juventus dari Ajax minggu lalu, masuk sebagai pemain gantian semasa kekalahan 3-2 dengan Tottenham Hotspur di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.