Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

David Beckham dilamar jadi duta Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar

Bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan England, David Beckham akan menjadi Duta Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, dalam perjanjian bernilai £150 juta (S$277 juta), lapor Sputnik memetik The Sun pada Ahad (24 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

MOSCOW: Bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan England, David Beckham akan menjadi Duta Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, dalam perjanjian bernilai £150 juta (S$277 juta), lapor Sputnik memetik The Sun pada Ahad (24 Okt).

Beckham, 46 bersetuju menjadi duta negara Asia Barat itu dan menerima bayaran £15 juta (S$27.7 juta) setiap tahun bagi tempoh sepuluh tahun berikutnya berdasarkan perjanjian itu, lapor akhbar tabloid itu.

Piala Dunia 2022 di Qatar diselubungi kontroversi sejak awal kerana kebimbangan mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di tapak-tapak pembinaan negara itu serta sikap Qatar terhadap kaum wanita danmasyarakat LGBT.

Bagaimanapun, bintang bola sepak itu diberi jaminan bahawa para peminat di Qatar akan selamat dan dibenarkan untuk mempamerkan bendera pelangi di stadium bola sepak, menurut The Sun.

Qatar merupakan negara Arab pertama yang menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember 2022. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan