Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Cristiano Ronaldo undang empat rakan dari Manchester United ke Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Cristiano Ronaldo menjemput beberapa bekas rakan sepasukannya di Manchester United untuk bercuti bersamanya bagi mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang betul.

Kontrak Ronaldo dengan United ditamatkan ketika dia bersama pasukan Portugal dalam kejohanan Piala Dunia yang lalu di Qatar, sekali gus tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sepasukannya di kelab Liga Perdana England itu.

Kini beliau mula menghubungi teman-teman rapatnya dalam pasukan pimpinan Erik ten Hag itu untuk meluangkan masa dengannya di Portugal atau melawatnya di Arab Saudi, lapor The Sun.

Ronaldo meninggalkan United pada November lalu selepas mengkritik kelab itu dalam satu temu bual bersama Piers Morgan.

Ronaldo, 37 tahun, mempunyai rumah mewah di Lisbon dan beliau menjemput kawan-kawan baiknya di United untuk meluangkan masa dengannya pada musim panas nanti.

Beliau juga bertanya jika mereka berminat untuk melihatnya bermain di kelab barunya di Arab Saudi, jika ada masa lapang.

Masih ada beberapa pemain di sini yang tetap menghormati Ronny dan sedih dengan cara ia berakhir kerana mereka tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dengan betul.

Ronaldo baru sahaja meninggalkan kumpulan sembang WhatsApp pemain-pemain United tetapi berjanji akan terus berhubungan dengan mereka.

Harry Maguire, Bruno Fernandes, Casemiro dan Raphael Varane adalah kawan baiknya," menurut sumber rapat dengan United, seperti yang dipetik oleh The Sun.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan