Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Cristiano Ronaldo tinggalkan Man United serta-merta

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo tinggalkan Man United serta-merta

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol menentang Atalanta. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Nov 2022 07:46AM Dikemas Kini : 23 Nov 2022 07:47AM
LONDON: Kelab Manchester United mengesahkan bahawa kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo akan meninggalkan kelab itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu diambil menyusuli tindakan Ronaldo mengkritik kelab tersebut dalam satu temu ramah eksklusif dan kenyataan beliau yang tidak lagi menghormati pengurus Eric ten Hag.

Ini adalah rentetan ketegangan antara Ronaldo dengan kelab berkenaan.

Manchester United dan Ronaldo juga mengakui pengunduran ini dipersetujui bersama.

Dalam kenyataannya, Manchester United mengucapkan terima kasih kepada Ronaldo atas khidmatnya selama dua musim.

Dalam saingan Liga Perdana England (EPL), United kini menduduki tangga kelima di bawah kendalian ten Hag.

Musim EPL kini direhatkan bagi memberi laluan kepada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ronaldo, yang menjaringkan 145 gol dalam 346 perlawanan bersama United, meninggalkan Juventus dan kembali ke Old Trafford pada Ogos 2021, 11 tahun selepas berpindah ke Real Madrid.

Kontrak 500,000 pound seminggu dengan United hanya berbaki tujuh bulan.

Ini bermakna pengunduran dari United membolehkan Ronaldo memeterai kontrak baru dengan kelab lain, sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka pada Januari tahun depan.

Sementara itu, Ronaldo dalam kenyataan rasminya memaklumkan sudah tiba masanya untuk mencari cabaran baru.

Ronaldo tidak beraksi untuk United atas masalah kesihatan yang tidak dinyatakan.

Kali terakhir beliau turun padang adalah ketika menundukkan Aston Villa 3-1 pada 6 November lalu.

Ronaldo digugurkan dari aksi menentang Chelsea selepas enggan disenaraikan sebagai pemain gantian semasa menentang Tottenham Hotspur tiga hari sebelum perlawanan tersebut.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan