Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Cristiano Ronaldo tekad beraksi hingga Piala Euro 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo tekad beraksi hingga Piala Euro 2024

(Gambar: AFP/Patricia de Melo Moreira)

Diterbitkan : 21 Sep 2022 07:10PM Dikemas Kini : 21 Sep 2022 07:10PM
LISBON: Cristiano Ronaldo menyasarkan untuk beraksi dalam Piala Euro 2024. Malah, pemain penyerang Portugal dan Manchester United itu berkata beliau tidak bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.

"Perjalanan saya masih belum berakhir lagi. Anda perlu menerima hakikat saya masih boleh bertahan untuk lebih lama lagi," kata Ronaldo pada Selasa (20 Sep).

Beliau berkata demikian selepas menerima piala di Anugerah Quinas de Ouro oleh persekutuan bola sepak Portugis di Lisbon atas pencapaiannya sebagai penjaring gol terbaik pasukan kebangsaan sepanjang zaman.

"Saya mahu menjadi sebahagian daripada Piala Dunia dan Piala Euro. Saya rasa sangat bermotivasi dan cita-cita saya sangat tinggi," kata bintang bola sepak berusia 37 tahun itu.

Ronaldo sudah menjaringkan 117 gol dalam 189 perlawanan pasukan Portugal dan dijangka bermain dalam perlawanan antarabangsa utama yang ke-10 beliau bagi pasukan negaranya di Qatar 2022.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa