Skip to main content

Sukan

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion gara-gara promosi Binance

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion gara-gara promosi Binance

Cristiano Ronaldo. (Gambar fail: AFP/JAVIER SORIANO)

Diterbitkan : 30 Nov 2023 11:49AM Dikemas Kini : 30 Nov 2023 11:50AM
WASHINGTON: Cristiano Ronaldo, yang juga atlit Portugal yang menerima gaji tertinggi di dunia, disaman oleh pelabur Binance pada Khamis (30 Nov).

Menurut saman yang difailkan di Amerika Syarikat, plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion (S$1.3 bilion) kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.

Ronaldo dan Binance bekerjasama melancarkan koleksi NFT ForeverCR7 pada penghujung 2022 yang dikatakan sebagai tanda terima kasih kepada sokongan peminat.
Sebanyak 29,327 NFT ditawarkan pada harga bermula AS$10 (S$13).

Plaintif mendakwa kerana dipromosikan oleh Ronaldo, Binance mendapat perhatian orang ramai yang kini menanggung kerugian kerana Binance terlibat dalam penyelewengan pelaburan mereka.

Wakil Ronaldo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang dikemukakan itu.

Binance telahpun didenda AS$4 bilion (S$5 bilion) oleh SEC di Amerika Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutifnya meletak jawatan sebelum dipenjarakan kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram serta berurusan dengan Iran.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita