Cristiano Ronaldo bersara daripada bola sepak antarabangsa
Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa. (Gambar: Instagram/cristiano)
- Cristiano Ronaldo announced his retirement from international football after 23 years representing Portugal, saying the number seven shirt should be handed to the next generation.
- The 41-year-old ended his service as the men's international record-holder, with 234 appearances and 146 goals for his country.
- He made the announcement in a video on his social media account, after wearing Portugal's shirt in stadiums around the world and defending it throughout his career.
- Ronaldo's retirement came less than a month before Lionel Messi's international career ended, but the different ways they stepped down were linked to greater acceptance of Messi among fans.
- Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraan antarabangsa selepas 23 tahun mewakili Portugal, dengan menyatakan jersi nombor tujuh patut diserahkan kepada generasi seterusnya.
- Pemain berusia 41 tahun itu menamatkan khidmatnya sebagai pemegang rekod lelaki antarabangsa, dengan 234 penampilan dan 146 gol untuk negaranya.
- Pengumuman itu dibuat melalui video di akaun media sosialnya, selepas beliau membawa jersi Portugal ke stadium di seluruh dunia dan mempertahankannya sepanjang kerjaya.
- Persaraan Ronaldo berlaku kurang sebulan daripada pengakhiran kerjaya kebangsaan Lionel Messi, namun perbezaan cara mereka berundur dikaitkan dengan penerimaan peminat yang lebih besar terhadap Messi.
PORTUGAL: Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa, sekali gus menamatkan kerjaya beliau selama 23 tahun bersama Portugal.
Pemain berusia 41 tahun itu mengakhiri perjuangannya untuk negara setelah mencatatkan rekod antarabangsa bagi kategori lelaki untuk jumlah penampilan dan jaringan gol, dengan mengumpulkan 234 penampilan serta menjaringkan 146 gol.
Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun media sosialnya, Ronaldo berkata: “Kepada rakyat Portugal. Tiba masanya untuk saya menyerahkan semula jersi nombor tujuh pasukan kebangsaan kita.
“Saya tidak pernah menganggap ia milik saya seorang. Namun, selama 23 tahun, saya berpeluang dan memikul tanggungjawab untuk menyarungnya, mempertahankannya,serta membawanya bersama saya ke stadium-stadium di seluruh dunia. Hari ini, tiba masanya untuk menyerahkannya kepada generasi masa depan.” Persaingan peribadi dengan Lionel Messi untuk menguasai dunia bola sepak merupakan satu tema yang berterusan sepanjang sebahagian besar kerjaya Cristiano Ronaldo.
Oleh itu, adalah wajar bahawa kerjaya gemilang mereka bersama negara masing-masing berakhir dalam tempoh kurang sebulan antara satu sama lain.
Namun, perbezaan cara mereka mengundurkan diri sangat ketara; ia menjelaskan mengapa Messi berjaya memenangi hati lebih ramai peminat di seluruh dunia berbanding rakan sezamannya yang juga merupakan bintang ternama abad ke-21 itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.