Skip to main content

Sukan

Cristiano Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr setelah ditawar peranan baru di Real Madrid

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr setelah ditawar peranan baru di Real Madrid

(Gambar fail: AFP/Al Nassr Football Club)

Diterbitkan : 27 Apr 2023 06:28PM
RIYADH: Cristiano Ronaldo dilaporkan sudah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr tidak lama lagi.

Menurut laporan media Eropah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez menawarkan Ronaldo peranan sebagai duta di kelab itu, lapor agensi berita Daily Post.

Ronaldo berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi itu pada Januari selepas berselisih faham dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Sebelum menyertai pasukan Arab Saudi itu, Ronaldo mencuba nasib untuk memastikan kembali ke Real Madrid.

Namun, Perez menghalang pemain itu kembali ke Bernabeu. Bagaimanapun, beliau kini ditawarkan untuk kembali kelab itu tetapi bukan berperanan sebagai pemain, dipetik daripada Daily Post.

Laporan itu menyatakan bahawa Perez mahu Ronaldo memainkan peranan sebagai duta kelab atau menjadi sebahagian daripada organisasi kelab tersebut.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita