Skip to main content

Sukan

Cristiano Ronaldo atlit dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Cristiano Ronaldo menjadi atlit dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes selepas berpindah ke kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Nassr.

Beliau menerima gaji tahunan dua kali ganda berbanding kelab sebelum ini, lapor Astro AWANI. 

Ronaldo yang memeterai kontrak dengan Al-Nassr sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United, menerima AS$136 juta (S$181 juta) tahun lalu.

Ketika beraksi di United, Ronaldo menerima sekitar AS$75 juta (S$100 juta). Kontrak Ronaldo dianggarkan bernilai lebih AS$219 juta (S$292 juta).

Sementara itu, dua pemain kelab Paris St Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe berada di tangga kedua dan ketiga dalam senarai atlit terima bayaran tertinggi Forbes, menurut Astro AWANI. 

Messi menerima AS$130 juta (S$173 juta) setahun sementara Mbappe dibayar AS$120 juta (S$160 juta) setahun.

Atlit lain dalam senarai Forbes termasuk pemain bola keranjang Los Angeles Lakers LeBron James dengan bayaran AS$119.5 juta (S$159 juta).

Pendapatan tahunan Forbes dikira daripada hadiah kemenangan, gaji dan bonus yang diterima atlit dalam tempoh 12 bulan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita