Costa Rica tersingkir dari Piala Dunia
Brazil bagaimanapun meraih kemenangan itu dengan satu lagi prestasi kurang meyakinkan. Ia menjaringkan dua gol kemenangannya dalam masa kecederaan pada minit 91 menerusi Coutinho dan Neymar, enam minit kemudian.
RUSIA: Langkah perjuangan pasukan Costa Rica di persaingan Piala Dunia kali ini terhenti di peringkat kumpulan. Ini berikutan kekalahan keduanya dalam perlawanan Kumpulan 'E' semasa menentang Brazil.
Brazil bagaimanapun meraih kemenangan itu dengan satu lagi prestasi kurang meyakinkan. Ia menjaringkan dua gol kemenangannya dalam masa kecederaan pada minit 91 menerusi Coutinho dan Neymar, enam minit kemudian.
Selepas dua perlawanan, Brazil kini di tangga teratas kumpulan 'E', mengumpul empat mata.
Brazil masih perlu bersaing dengan Switzerland dan Serbia untuk menjadi dua pasukan kumpulan 'E', yang layak mara ke pusingan kalah mati.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.