Columbia bangkit, kalahkan Poland 3-0
Columbia kembali tunjuk taring dalam Piala Dunia selepas berjaya menumpaskan Poland 3-0 awal pagi tadi (25 Jun). Pasukan itu sebelumnya tumpas di tangan Jepun dalam perlawanan pembukaan.
Mateus Uribe (tengah) cuba untuk menjaringkan gol masuk gawang Wojciech Szczesny (kiri). (Gambar: Jewel Samad/ AFP)
KAZAN: Columbia kembali tunjuk taring dalam Piala Dunia selepas berjaya menumpaskan Poland 3-0 awal pagi tadi (25 Jun). Pasukan itu sebelumnya tumpas di tangan Jepun dalam perlawanan pembukaan.
Columbia menguasai perlawanan sejak sepak mula. Serangan dari kanan padang menerusi Juan Cuadrado beberapa kali menggugat gawang lawan.
Pada minit ke-40, pasukan itu berjaya menyumbatkan gol hasil tandukan pemain tengahnya, Yerri Mina.
Poland pada sisi yang lain gagal untuk membendung serangan pasukan Columbia. Malah, ia jarang menggugat gawang lawannya itu.
Pada minit ke-70, Colombia berjaya menggandakan jaringan apabila Radamel Falcao menyempurnakan lorongan bola daripada Juan Quintero. Ia merupakan gol Piala Dunia FIFA yang pertama bagi penyerang berusia 32 tahun itu.
Lima minit kemudian, Columbia sekali lagi menyumbatkan gol hasil jaringan Cuadrado.
Kemenangan pasukan itu semalam sekali gus meningkatkan lagi peluangnya untuk bersaing dalam pusingan kalah mati.
Columbia bakal menentang Senegal dalam perlawanan selanjutnya pada 28 Jun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.