Ciri terbaharu mewatch berikan penonton pengalaman tonton Sukan Olimpik yang lebih imersif
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para peminat sukan yang ingin menyaksikan sorotan dan detik-detik penting Sukan Olimpik Paris 2024 kini boleh menantikan ciri terbaharu pada platform penstriman video Mediacorp, mewatch: video tegak, atau 'vertical'.
Bagi memberikan pengalaman menonton yang lebih imersif seperti TikTok dan Instagram, video tegak mewatch menawarkan pelbagai jenis kandungan, daripada liputan aksi sukan pada hari itu, kepada sorotan persembahan atlet Team Singapore.
Ciri terbaharu ini ternyata membantu bagi para peminat sukan yang tidak mempunyai masa, atau tidur yang mencukupi, tetapi masih ingin menyaksikan aksi secara langsung. Ini memandangkan kebanyakan acara diadakan pada lewat malam akibat perbezaan zon waktu.
Untuk mengakses ciri itu, anda boleh memuat turun aplikasi mewatch di gerai aplikasi iOS atau Android dan melayari laman utama atau laman yang ditujukan khas bagi Sukan Olimpik di bahagian sukan. Di situ, terdapat pelbagai kandungan yang ditawarkan termasuk:
Cerita Olimpik Hari Ini: Mengetahui berita terkini dengan liputan harian yang menunjukkan setiap butiran penting, daripada detik-detik rekod terbaru sehingga sorotan terkini.
Klip atlet kegemaran: Saksikan lagi persembahan daripada atlet-atlet kegemaran anda dan alami detik-detik kejayaan atau kegagalan bersama mereka.
Kandungan mengikut negara: Sokong pasukan negara anda dengan kemas kini yang dikhususkan dan kandungan eksklusif, dengan tumpuan khas buat kemajuan Team Singapore di acara Sukan Olimpik.

Ciri terbaru ini sebahagian daripada liputan menyeluruh Mediacorp bagi Sukan Olimpik tahun ini merentas kesemua platform.
Selain 17 saluran mewatch yang ditumpukan khas bagi pelbagai acara, peminat juga boleh mendapatkan sorotan utama di saluran Youtube Mediacorp Entertainment, serta liputan tersusun di Daily Action at Paris 2024.
Anda juga boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.