China raih pingat emas acara renang 4x100m; catat rekod baru Sukan Asia
Para perenang dari China meraih pingat emas dalam acara rampaian 4x100m kategori lelaki pada Jumaat (24 Ogos), dengan mencatatkan rekod baru bagi Sukan Asia.
JAKARTA: Para perenang dari China meraih pingat emas dalam acara rampaian 4x100m kategori lelaki pada Jumaat (24 Ogos), dengan mencatatkan rekod baru bagi Sukan Asia.
Pasukan China yang terdiri daripada Xu Jiayu, Yan Zibei, Li Zhuhao dan Yu Hexin mencatat masa 3:29.99 saat, mengalahkan pasukan Jepun (3:30.03 saat) dan Kazakhstan (3:35.62 saat), yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Pasukan Singapura yang terdiri daripada Joseph Schooling, Quah Zheng Wen, Lionel Khoo dan Darren Lim pula menduduki tempat keempat setelah mencatat masa 3:37.68 saat.
Perenang Singapura mencatat masa keempat terpantas dalam pusingan saringan pada pagi Jumaat (24 Ogos) dengan mencatat masa 3:39.69 saat, di belakang Jepun (3:36.95 saat), China (3:38.14 saat) dan Kazakhstan (3:38.57 saat).
Pada sebelah petang Jumaat (24 Ogos), perenang negara Amanda Lim dan Quah Ting Wen masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam dalam peringkat akhir acara gaya bebas 50m.
Lim mencatat masa 25.47 saat manakala Quah pula mencatat masa 25.48 saat. Quah menduduki tempat kelima dan Lim pula empat keenam dalam pusingan saringan pada pagi Jumaat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.