Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Cherie Tan pemain boling S’pura pertama dinobat Pemain Terbaik persatuan antarabangsa

Pemain boling negara Cherie Tan, 31 menjadi rakyat Singapura pertama bergelar Atlit Boling Terbaik Dunia bagi tahun 2019 oleh Persatuan Boling Sedunia pada Selasa (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Cherie Tan pemain boling S’pura pertama dinobat Pemain Terbaik persatuan antarabangsa

Cherie Tan menjuarai kategori Masters di Kejohanan Boling Wanita Sedunia di Las Vegas, Amerika Syarikat 30 Ogos lalu. (Gambar: Persekutuan Boling Asia)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 08:23AM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 08:28AM

SINGAPURA: Pemain boling negara Cherie Tan, 31 menjadi rakyat Singapura pertama bergelar Atlit Boling Terbaik Dunia bagi tahun 2019 oleh Persatuan Boling Sedunia pada Selasa (14 Jan).

Cherie mendahului 10 pemain antarabangsa yang dicalonkan menyusuli pengundian terbuka melalui platform media sosial persatuan tersebut iaitu Twitter, Instagram dan Facebook.

Persatuan Boling Sedunia adalah badan pentadbir boling antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sejak 1979.

Cherie menyifatkan anugerah itu sebagai sesuatu yang “mengejutkan” kerana tidak menyangka beliau mempunyai begitu ramai peminat yang mengundinya. Sesetengah daripada mereka turut mengucapkan tahniah kepada beliau menerusi Facebook.

“2019 adalah antara tahun paling hebat sepanjang kerjaya boling saya. Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian saya dan gembira kerana kerja keras saya sepanjang sedekad yang lalu membuahkan hasil,” kata Cherie.

Dalam catatan Facebooknya, Persatuan Boling Sedunia menyatakan atlit Singapura itu layak menerima anugerah tersebut kerana menjuarai kategori Masters di Kejohanan Boling Wanita Sedunia di Las Vegas, Amerika Syarikat 30 Ogos lalu.

Selain itu, Cherie juga muncul sebagai juara Kejohanan Pemain Persatuan Boling Profesional Wanita QubicaAMF 2019 di North Carolina, Amerika Syarikat 8 September lalu.

Kemudian pada 6 Disember, beliau dan pasukannya merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA di Manila, Filipina.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, Persekutuan Boling Singapura dan Sport SG atas keyakinan mereka terhadap saya dan membolehkan saya meningkatkan prestasi sepanjang dekad yang lalu,” luah Cherie. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan