Cherie Tan juarai Masters di Kejuaraan Boling Dunia Wanita
Pemain boling tempatan Cherie Tan digelar juara peringkat akhir Masters di Kejuaraan Boling Dunia Wanita di Las Vegas pada Jumaat (30 Ogos).

Cherie Tan dengan pingat emasnya bersama rakan-rakan sepasukan (Gambar: Singapore Bowling Federation)
SINGAPURA: Pemain boling tempatan Cherie Tan digelar juara peringkat akhir Masters di Kejuaraan Boling Dunia Wanita di Las Vegas pada Jumaat (30 Ogos).
Tan mengalahkan Maria Rodriguez dari Colombia 203-201, 258-217 pada acara peringkat akhir, menjadi hanya warga Singapura kedua pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan itu selepas Shayna Ng berjaya memenangi gelaran All Events pada 2015.
Lebih awal pada hari pertandingan, Tan mengalahkan warga Amerika Danielle McEwan dalam perlawanan separuh akhir. Tan memenagi perlawanan itu dengan pungutan mata 2-1 (165-212, 236-184, 244-213).
Team Singapore diwakili kontinjen seramai enam atlet yang terdiri daripada Cherie dan saudara perempuannya Daphne Tan, Ng, New Hui Fen, Bernice Lim dan Charlene Lim.
Peringkat akhir Masters adalah acara terakhir pertandingan itu yang bermula pada 22 Ogos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.