Chelsea pasukan ketiga EPL mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah
Chelsea mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali sejak 2014, dengan Hakim Ziyech turut berjaya menamatkan kemarau golnya untuk membawa kemenangan 2-0 ke atas Atletico Madrid dalam perlawanan kedua 16 pasukan terakhir pertandingan tersebut pada Rabu (17 Mac).
LONDON: Chelsea mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali sejak 2014, dengan Hakim Ziyech turut berjaya menamatkan kemarau golnya untuk membawa kemenangan 2-0 ke atas Atletico Madrid dalam perlawanan kedua 16 pasukan terakhir pertandingan tersebut pada Rabu (17 Mac).
Penyerang Maghribi itu menjaringkan gol pertamanya sejak Oktober untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan di Stamford Bridge.
Emerson kemudian menjaringkan gol kedua Chelsea yang sekali gus mengesahkan laluannya ke peringkat suku akhir pertandingan berprestij itu.
Dengan keputusan semalam, ia memberikan Chelsea kemenangan agregat 3-0 ke atas pendahulu La Liga itu.
Menambahkan penderitaan Atletico di padang ialah pemain pertahanannya Stefan Savic yang dibuang padang kerana menyiku Antonio Rudiger di perutnya.
Meskipun Chelsea mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang perlawanan tersebut, Atletico terlepas peluang untuk merapatkan jurang apabila kekasaran Cesar Azpilicueta terhadap Yannick Carrasco tidak mendapat perhatian pengadil ketika perlawanan masih terikat 0-0.
Itulah satu-satunya ancaman Atletico terhadap Chelsea sedang pasukan dari London itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan sejak Thomas Tuchel menggantikan Frank Lampard selaku pengurus Chelsea pada Januari lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.