Skip to main content

Sukan

Chelsea mara ke separuh akhir Liga Europa

Chelsea mara ke separuh akhir Liga Europa selepas mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Slavia Prague di Stamford Bridge pada Khamis (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea mara ke separuh akhir Liga Europa

Chelsea mara ke separuh akhir Liga Europa. (Gambar: Matt Dunham/AP Photo)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 08:40AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 08:48AM

LONDON: Chelsea mara ke separuh akhir Liga Europa selepas mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Slavia Prague di Stamford Bridge pada Khamis (18 Apr).

Kemenangan suku akhir kedua itu menyaksikan Chelsea unggul dengan agregat 5-3.

Skuad bimbingan Maurizio Sarri yang berada dalam kedudukan selesa berbekalkan agregat empat gol sebelum rehat dipaksa berhempas pulas apabila pasukan pelawat mula merapatkan jurang.

Bagaimanapun tiga gol yang diperolehi Slavia Prague pada separuh masa kedua tidak cukup untuk mencetuskan kejutan pasukan dari Republik Czech itu.

Empat gol Chelsea dijaringkan Pedro pada minit ke-5 serta 27, jaringan sendiri Deli pada minit ke-9 dan Olivier Giroud pada minit ke-17.

Bagi Slavia Prague, golnya disumbang Tomas Soucek minit ke-25 dan Petr Sevcik minit ke- 51 serta 54.

Chelsea dijadual bertemu Eintracht Frankfurt di Jerman pada 2 Mei depan bagi separuh akhir pertama.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita