Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chelsea julang piala Liga Juara-Juara Eropah

Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Manchester City 1-0 pada pagi Ahad (30 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea julang piala Liga Juara-Juara Eropah

Chelsea meraikan kemenangannya dalam Liga Juara-Juara Eropah di stadium Dragao di Porto, Portugal pada 29 Mei 2021. (Gambar: AFP/Pierre-Philippe Marcou)

Diterbitkan : 30 May 2021 10:01AM Dikemas Kini : 30 May 2021 10:03AM

PORTO: Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Manchester City 1-0 pada pagi Ahad (30 Mei).

Pemain muda Jerman, Kai Havertz, berhasil mengelak terkaman penjaga gawang Manchester City, Ederson, untuk menjaringkan gol tunggal, sekali gus menjadi gol kemenangan Chelsea pada minit ke-42.

Ini adalah kali pertama Manchester City beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Meskipun juara Liga Perdana England (EPL) itu merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan tersebut di Porto, Portugal, Manchester City terpaksa tunduk kepada Chelsea.

Manchester City akhirnya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas diambil alih oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi, 13 tahun lalu.

Kali terakhir Chelsea menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah adalah pada 2012 selepas mengalahkan gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich.

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan