Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chelsea benam Lille 2-0 tanpa Romelu Lukaku

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea benam Lille 2-0 tanpa Romelu Lukaku

Gambar: Glyn KIRK / IKIMAGES / AFP

Diterbitkan : 23 Feb 2022 10:23AM Dikemas Kini : 23 Feb 2022 10:28AM

LONDON: Jaringan Kai Havertz dan Christian Pulisic memastikan Chelsea meraih kelebihan daripada perlawanan pertama bagi pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Lille 2-0 awal pagi tadi.

Malangnya, Mateo Kovacic dan Hakim Ziyech terpaksa meninggalkan padang dengan kecederaan.

Walaupun Romelu Lukaku diletakkan di bangku pemain simpanan menyusuli prestasi hambar ketika menentang Crystal Palace pada hujung minggu lalu, Chelsea hanya memerlukan lapan minit untuk Havertz menanduk masuk gol pertama Chelsea di Stamford Bridge menyusuli hantaran Ziyech.

Juara bertahan itu bagaimanapun pincang sedikit selepas Kovacic dan Ziyech terpaksa keluar padang dengan terhincut-hincut setelah mengalami kecederaan.

Kedua-dua pemain itu mungkin tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Liverpool bagi merebut Piala Liga pada hujung minggu ini.

Pulisic, bagaimanapun, memberikan kelegaan kepada pasukan bimbingan Thomas Tuchel itu dengan menyempurnakan umpanan N'golo Kante pada minit ke-63.

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu di Perancis pada bulan depan tetapi Chelsea terlebih dahulu perlu berdepan dengan Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley pada Ahad ini.

Sumber : Agensi berita/KF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan