Chelsea bakal anjur jamuan berbuka puasa buat pertama kali di Stadium Stamford Bridge
Anggaran Waktu Membaca:

Stadium Stamford Bridge di London. (Gambar fail: AFP/IAN KINGTON)
ANKARA: Kelab Liga Perdana England (EPL) Chelsea akan menganjurkan jamuan berbuka puasa buat julung-julung kalinya di Stadium Stamford Bridge pada 26 Mac
"Sejumlah jemaah dari masjid tempatan dan anggota masyarakat Islam serta penyokong Chelsea termasuk pelajar sekolah dijemput hadir, bersama-sama kakitangan Chelsea FC," lapor agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan kelab tersebut pada Isnin.
Ketua Yayasan Chelsea, Simon Taylor berkata, pihaknya "berbesar hati" untuk menganjurkan jamuan berbuka puasa secara terbuka dan tidak sabar mengalu-alukan kehadiran semua orang.
Acara itu "dilaksanakan dengan kerjasama "Ramadan Tent Project," sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013 dengan matlamat menyatukan masyarakat serta menerapkan pemahaman tentang bulan mulia itu.
Pada 2021, Chelsea melancarkan kempen "No To Hate" dan menggalak kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.