Calvin Quek menang gangsa acara lompat pagar 400m, catat rekod baru negara

(Gambar: Singapore National Olympic Council/Facebook)
HANOI: Atlit negara Calvin Quek menang pingat gangsa bagi Singapura bagi acara lompat pagar 400 meter.
Calvin menamatkan perlumbaan dalam masa 51.19 saat, masa terbaiknya dan rekod baru Singapura.
Kejayaannya meraih gangsa sekali gus menamatkan ketandusan pingat dalam acara ini selama lebih 50 tahun bagi Singapura.
Peserta Filipina menang pingat emas manakala pingat perak milik pelari tuan rumah.
Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.