Calon pemilik Manchester United sasar bawa Mbappe masuk kelab
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Football365
LONDON: Calon pemilik Manchester United, Sheikh Jassim Hamad Al Thani berminat untuk mendapatkan Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain (PSG) jika dapat membeli pasukan gergasi England itu.
Demikian lapor ESPN.
Sebagai sebahagian daripada kumpulan Qatar yang ingin mengambil alih United, Sheikh Jassim adalah antara watak penting yang menyasarkan untuk membeli pegangan kawalan dalam kelab itu.
Beliau merupakan antara pencabar selain Sir Jim Ratcliffe yang sedang bersaing untuk membeli kelab itu daripada keluarga Glazer.
Walaupun belum berjaya membeli kelab itu, laporan media antarabangsa menyatakan bahawa Sheikh Jassim sudah mempunyai senarai sasaran termasuk membawa Mbappe.
Selain pemain antarabangsa Perancis itu, Sheikh Jassim juga ingin mendapatkan Kingsley Coman dan Eduardo Camavinga masing-masing dari Bayern Munich dan Real Madrid dalam usaha untuk memperkuat pasukan utama Manchester United.
Bagaimanapun, United boleh menjangkakan persaingan yang sengit jika mereka mahu mengejar Mbappe, dengan Real Madrid mempunyai minat jangka panjang terhadap pemain antarabangsa Perancis itu.
Tawaran ketiga dan terakhir sudah dikemukakan minggu lalu dalam biadaan untuk membeli United dengan Ratcliffe dipercayai menawarkan harga yang lebih tinggi daripada Sheikh Jassim.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.