Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Cabutan tiket Olimpik Paris 2024 bermula 1 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
Cabutan tiket Olimpik Paris 2024 bermula 1 Dis

(Gambar: Tangkapan skrin video Paralympic Games/YouTube)

BEIJING: Peminat sukan perlu menyertai cabutan minggu ini sebelum mereka boleh membeli tiket Sukan Olimpik Paris 2024.

Penganjur Paris 2024 merancang untuk melancarkan cabutan umum online mulai Khamis (1 Dis) hingga 31 Januari 2023 bagi mereka yang ingin membeli tiket, menurut agensi berita Xinhua.

"Hanya mereka yang terpilih dalam cabutan ini akan dapat membeli tiket. Oleh itu jika anda mahu, hanya ada satu pilihan: daftar!" kata penganjur di laman web tiket Olimpik. 

Peminat yang terpilih akan diberikan slot masa 48 jam untuk membuat pembelian setelah jualan pek 'Make Your Games' dibuka pada 15 Februari 2023.

Fasa dua yang sebahagian besarnya melibatkan penjualan tiket tunggal akan dibuka dari Mac hingga Mei 2023 menggunakan kaedah yang sama.

Hampir 10 juta tiket untuk kejohanan itu dan 3.4 juta untuk Paralimpik akan dijual platform online. Buat pertama kalinya dalam sejarah Olimpik, semua jualan tiket akan dilakukan secara online sahaja dan boleh diakses di seluruh dunia.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan