Burnley akhiri kemarau gol di padang sendiri dengan tewaskan Crystal Palace
Burnley meraih kemenangan buat pertama kali dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim ini setelah menewaskan Crystal Palace 1-0 menerusi jaringan Chris Wood.
(Gambar: AFP)
LONDON: Burnley meraih kemenangan buat pertama kali dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim ini setelah menewaskan Crystal Palace 1-0 menerusi jaringan Chris Wood.
Southampton pula terlepas peluang untuk menduduki tangga ketiga setelah seri 1-1 dengan Wolverhampton Wanderers pada Isnin (23 Nov).
Burnley sebelum ini gagal meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan pertama dan prestasi hambar itu adalah permulaan musim yang paling teruk dalam sejarah kelab tersebut.
Pasukan kendalian Sean Dyche itu adalah satu-satunya pasukan dalam EPL yang belum berhasil menjaringkan gol di padang sendiri musim ini, sehinggalah penyerang New Zealand, Chris Wood menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Crystal Palace.
"Kami mencipta dua atau tiga peluang gol, kami menyempurnakan satu dan keadaan agak mendebarkan kerana kami belum lagi mencatatkan kemenangan musim ini. Kini kami boleh menarik nafas lega," kata Dyche.
"Kami mempunyai pasukan yang mampu bersaing. Kami mempunyai permulaan yang sukar dan semoga keadaan akan berubah tidak lama lagi," kata Dyche selanjutnya.
Palace turun padang tanpa penyerang Ivory Coast Wilfried Zaha dalam perlawanan menentang Burnley selepas bekas pemain sayap Manchester United itu diuji positif COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.