Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Buku biografi hadiah Fandi Ahmad buat peminat sempena ulang tahun ke-60

Legenda bola sepak tempatan Fandi Ahmad menyambut ulang tahunnya yang ke-60 pada Ahad (29 Mei) dengan melancarkan sebuah buku biografi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 May 2022 10:24PM Dikemas Kini : 29 May 2022 10:29PM

SINGAPURA: Legenda bola sepak tempatan Fandi Ahmad menyambut ulang tahunnya yang ke-60 pada Ahad (29 Mei) dengan melancarkan sebuah buku biografi.

Buku bertajuk "Fandi: Honour & Sacrifice", atau Fandi: Penghormatan dan Pengorbanan, itu ditulis oleh Durga Poonambalam.

Ia menyorot perjalanan hidupnya dari kecil sehinggalah menjadi pemain bola sepak terkemuka dan penuh inspirasi.

Buku tersebut dilancarkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong.

fandi ahmad book launch

Semasa sidang media selepas pelancaran buku itu, Fandi sempat berkongsi bahawa beliau mendapat tawaran menjadi jurulatih di Indonesia baru-baru ini tetapi menolaknya kerana mahu berehat selama beberapa bulan.

Fandi juga sempat menitipkan nasihat untuk anak-anak muda yang mahu serius menceburi bidang bola sepak.

"Sekitaran bola sepak di Singapura okey tetapi jika anda mahu menjadi ahli sukan profesional, terutama dalam bola sepak, anda mesti keluar negara semasa muda," ungkapnya.

"Tetapi anda perlu jalani Perkhidmatan Negara (NS) dan kemudian anda perlu buat keputusan mengorbankan pelajaran - anda pilih yang mana?," soalnya.

"Jadi, penting untuk anda tahu sama ada anda punya bakat, kemahiran dan kesungguhan."

Sumber : CNA/DY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan