Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Brazil gusar setelah Neymar cedera semasa latihan

Pasukan Brazil pula dirundung kebimbangan selepas penyerang harapannya, Neymar cedera di kakinya semasa latihan semalam (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Brazil gusar setelah Neymar cedera semasa latihan

Neymar terpaksa meninggalkan latihan kerana cedera. (Gambar: HANNAH MCKAY/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:40PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 12:06AM

RUSIA: Pasukan Brazil pula dirundung kebimbangan selepas penyerang harapannya, Neymar cedera di kakinya semasa latihan semalam (19 Jun).

Neymar mengadu rasa sakit pada buku lali kanannya semasa berlari-lari anak.

Pasukan doktor berkata ia ada kaitan dengan pelanggaran yang dialami Neymar semasa menentang Switzerland.

Ekoran kecederaan di kaki kanannya baru-baru ini, beliau tidak dapat bermain selama tiga bulan terakhir musim PSG.

Neymar tidak dapat beraksi sepanjang Mac, April dan Mei lalu selepas retak kaki kanan dan terseliuh buku lali susuli perlawanan Liga Perancis hujung Februari lalu.

Brazil menghadapi Costa Rica pada Jumaat ini (22 Jun) dalam perlawanan kedua Kumpulan E. 

Sumber : Reuters/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan