Skip to main content

Sukan

Brazil gagal mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia Wanita

Anggaran Waktu Membaca:
Brazil gagal mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia Wanita

Gambar: WILLIAM WEST / AFP

Diterbitkan : 03 Aug 2023 01:22PM

MELBOURNE: Brazil tersingkir daripada Piala Dunia Wanita FIFA selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Jamaica di Melbourne.

Afrika Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Itali 3-2 dan menduduki naib juara Kumpulan G, dengan Sweden menewaskan Argentina 2-0 manakala jaringan hatrik Kadidiatou Diani membantu Perancis menewaskan Panama 6-3 untuk mendahului Kumpulan F.

Jamaica mencatatkan kejutan terbesar Piala Dunia di Melbourne dengan mengekang Brazil dalam keputusan seri tanpa jaringan, sekali gus menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan 16 pasukan terakhir buat kali pertama.

Brazil, yang memerlukan kemenangan untuk mara, mendominasi pertemuan terakhir Kumpulan F di AAMI Park tetapi tidak menemui kejayaan dan sebaliknya tersingkir di peringkat kumpulan kejohanan tersebut buat kali pertama sejak 1995.

Reggae Girlz, yang mengekang Perancis, juga dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum menewaskan Panama 1-0, masih belum melepaskan sebarang gol pada kejohanan itu dan bakal bertemu pemenang Kumpulan H. 

Sumber : Agensi berita/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita