Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Borussia Dortmund buka tirai Bundesliga dengan kemenangan 3-0

Liga bolasepak Jerman, Bundesliga, membuka tirai dengan menyasksikan pasukan Borussia Dortmund mencatat kemenangan selesa ke atas Borussia Monchengladbach.

Anggaran Waktu Membaca:
Borussia Dortmund buka tirai Bundesliga dengan kemenangan 3-0

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 20 Sep 2020 09:40PM Dikemas Kini : 20 Sep 2020 09:47PM

JERMAN: Liga bolasepak Jerman, Bundesliga, membuka tirai dengan menyasksikan pasukan Borussia Dortmund mencatat kemenangan selesa ke atas Borussia Monchengladbach.

Gio Reyna meletakkan Dortmund di hadapan 1-0 pada minit ke-35, hasil umpanan pemain baru Jude Bellingham yang berusia 17 tahun.

Selepas masa rehat, Dortmund meluaskan jurang gol kepada 2-0, hasil jaringan bintang penyerang Erling Haaland dari kotak penalti.

Jaringan Haaland pada minit ke-77 memastikan Dormund menang 3-0.

Meski menang selesa, Dortmund kini perlu beralih tumpuan bagi memastikan pemain sayap Jordan Sancho kekal dengan pasukan itu.

Sancho, pemain kelahiran England, sebelum ini dilaporkan berminat untuk menyertai pasukan gergasi Manchester United.

Walaupun Dortmund sudah menegaskan Sancho tidak akan ke mana-mana, media-media di England masih menyatakan Sancho tetap menjadi buruan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan