Skip to main content

Sukan

Bola sepak: Tidur Tite terganggu kenang Argentina

Jurulatih Brazil, Tite mengakui tidurnya terjejas menjelang perlawanan separuh akhir Copa America menentang Argentina esok (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Tidur Tite terganggu kenang Argentina

Jurulatih Brazil, Tite. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Jul 2019 09:21PM Dikemas Kini : 02 Jul 2019 09:23PM

BELO HORIZONTE: Jurulatih Brazil, Tite mengakui tidurnya terjejas menjelang perlawanan separuh akhir Copa America menentang Argentina esok (3 Jul).

Tite menggantikan jurulatih sebelum ini Dunga yang dipecat berikutan prestasi buruk Brazil pada Copa America Centenario 2016. Beliau berkata debaran yang dialaminya sama seperti dirasakannya pada peringkat awal mengambil alih pasukan negara itu.

“Saya tidak lena tidur, saya bukan Superman, Inilah diri saya dan saya berharap dapat menanganinya,” kata Tite menjelang perlawanan di stadium Mineirao – gelanggang sama di mana pasukan Brazil dimalukan Jerman 1-7 pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2014.

“Semalam saya terjaga pada jam 3.15 pagi, saya memikirkan apa yang perlu saya lakukan.

“Sebagai jurulatih saya sentiasa mempunyai buku nota di sisi untuk mencatat sesuatu. Itu realiti seorang jurulatih, bukan saya sahaja hanya saya, malah (jurulatih Argentina Lionel) Scolari juga begitu.”

Perlawanan kali ini dianggap sebagai pertarungan kemahiran bintang-bintang Argentina seperti Lionel Messi dan Sergio Aguero menentang Brazil yang mantap dalam aspek berpasukan.

Tetapi Tite berkata keupayaan Argentina tidak bergantung kepada individu sahaja dan pastinya sukar untuk menyekat kelincahan mereka.

“Argentina menggunakan sebaik-baiknya bakat-bakat individu yang digabungkan menjadi satu unit.

“Anda tidak boleh mengekang Messi, anda mungkin boleh memperlahankannyatttetapi tidak menyekat pemain pada tahap yang dimiliki, sama seperti anda tidak boleh menyekat (Philippe) Coutinho, (Roberto) Firmino, Willian, David (Neres) – pada satu ketika mereka akan melakukan sesuatu,” katanya

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita