Skip to main content

Sukan

Bola sepak: Stadium Negara 'medan juang' pasukan Singa

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Hab Sukan Singapura hari ini (28 Feb) memeterai perjanjian tiga tahun untuk menjadikan Stadium Negara sebagai 'padang' pasukan Singa.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Feb 2018 04:18PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 01:09AM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Hab Sukan Singapura hari ini (28 Feb) memeterai perjanjian tiga tahun untuk menjadikan Stadium Negara sebagai 'padang' pasukan Singa.

Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) tersebut, stadium dengan 55,000 tempat duduk itu akan menjadi tuan rumah bagi minimum tujuh perlawanan antarabangsa setiap tahun.

Sebagai permulaan, empat perlawanan sudahpun dijadualkan pada bulan Mac.

Ini termasuk perlawanan persahabatan antarabangsa wanita menentang Maldives pada 5 Mac dan juga perlawanan persahabatan lelaki bagi usia bawah 23 tahun menentang Indonesia pada 21 Mac.

Pasukan negara pula akan menentang pasukan Maldives pada 23 Mac dan perlawanan pembukaan Liga S antara Albirex Niigata dengan Tampines bagi Piala Sumbangsih Great Eastern pada 31 Mac.

"Kami mahu menjadikan Stadium Negara dan Hab Sukan sebagai lokasi bagi semua aspek bola sepak Singapura - baik bola sepak bagi wanita, amatur mahupun akar umbi," kata Presiden FAS, Lim Kia Tong.

Beberapa kegiatan juga akan diadakan di bawah inisiatif baru itu.

Hab Sukan juga akan berwajah baru dengan beberapa ruang, seperti tangga bergerak yang ditampal poster-poster "stadium negara sebagai padang pasukan Singa".

Kegiatan seperti lawatan stadium pula termasuk mengunjungi kampung pemain, dengan bilik salin pakaian yang dihiasi jersi-jersi pasukan Singa. Sebuah pesta bola sepak juga akan diadakan untuk mendampingi masyarakat.

CEO Hab Sukan, Oon Jin Teik berkata: "Kami bersungguh-sunggu mahu menyokong pasukan-pasukan tempatan dan memupuk budaya sukan." 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita