Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: SG kalah 1-3 kepada Thailand dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA

Skuad bola sepak nasional bawah 22 tahun memulakan kempen Sukan SEA mereka dengan kekecewaan apabila kalah 1-3 di tangan Thailand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Phnom Penh, ibu kota Kemboja pada Ahad (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Skuad bola sepak nasional bawah 22 tahun memulakan kempen Sukan SEA mereka dengan kekecewaan apabila kalah 1-3 di tangan Thailand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Phnom Penh, ibu kota Kemboja pada Ahad (30 Apr).

Pasukan Thailand mendahului perlawanan di Stadium Visakha, dengan jaringan penyerang Teerasak Poeiphimai pada minit ke-lapan.

Pasukan Gajah Putih itu kemudian menggandakan kedudukan setengah jam kemudian hasil jaringan pemain Achitpol Keereerom.

Gol tunggal Singapura dijaringkan oleh Nicky Melvin Singh pada minit ke-10.

Dalam perlawanan Sukan SEA sebelum ini, Thailand menumpaskan Singapura dengan jurang lima gol.

Pasukan Singa Muda akan berdepan dengan Vietnam dalam perlawanan berikutnya pada Rabu (3 Mei). Juara bertahan itu mengalahkan Laos 2-0.

Anda boleh saksikan acara-acara Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Sila daftar di mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma.

Anda juga boleh menyaksikan sedutan acara-acara pertandingan Sukan SEA di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan