Skip to main content

Sukan

Bola sepak: SG alami kekalahan kedua; tewas 1-3 kepada Vietnam

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: SG alami kekalahan kedua; tewas 1-3 kepada Vietnam

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 03 May 2023 09:10PM Dikemas Kini : 04 May 2023 04:19PM
PHNOM PENH: Para pemain bola sepak Singapura memulakan aksi mereka menentang Vietnam di Stadium Prince di Phnom Penh pada Rabu (3 Mei), dengan menyedari bahawa kekalahan di tangan pasukan tersebut akan meletakkan mereka di kedudukan yang tidak selamat dan mungkin gagal meneruskan permainan dalam perlawanan seterusnya di acara Sukan Asia Tenggara (SEA).

Ternyata, pasukan Singa Muda kecundang 1-3 dalam perlawanan kumpulan B menentang juara bertahan, Vietnam.

Dengan dua kekalahan yang dicatat setakat ini, pasukan Singa Muda berada di kududukan tercorot dalam kumpulan B, tanpa sebarang mata terkumpul. Mereka berada di belakang Laos menerusi perbezaan jumlah gol. Pasukan Laos juga akan berdepan dengan Malaysia pada Rabu.

Gol tunggal Singapura itu, adalah hasil jaringan sendiri seorang pemain Vietnam.

Pasukan Singa Muda akan seterusnya berdepan dengan Laos pada Sabtu (6 Mei). Jika pasukan negara gagal untuk menundukkan pasukan dari Laos, ia sekali gus akan mengesahkan tamatnya kempen skuad negara pada Sukan SEA kali ini.

Sila daftar di mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma.

Anda juga boleh menyaksikan sedutan acara-acara pertandingan Sukan SEA di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita