Skip to main content

Sukan

Bola sepak: Sabar, seru Presiden AFC ekoran kesan COVID-19 kepada ekonomi

Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa meminta anggota badan tersebut agar bersabar mengatasi cabaran pandemik COVID-19 ketika badan pentadbir sukan wilayah itu merundingkan semula kontrak komersilnya yang sedia ada dan yang akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Sabar, seru Presiden AFC ekoran kesan COVID-19 kepada ekonomi

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 10:47PM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 10:51PM

HONG KONG: Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa meminta anggota badan tersebut agar bersabar mengatasi cabaran pandemik COVID-19 ketika badan pentadbir sukan wilayah itu merundingkan semula kontrak komersilnya yang sedia ada dan yang akan datang.

Dalam ucaptama beliau semasa kongres AFC, yang diadakan online, Shaikh Salman berkata badan itu akan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh tahun depan.

"Memandangkan kita sudah sampai ke penghujung tahun 2020, masih ada keputusan sukar yang perlu dibuat," kata warga Bahrain itu, yang merupakan presiden AFC sejak 2013.

"Masih banyak ketidakstabilan kewangan akibat COVID-19 dan kami berusaha keras untuk memastikan bahawa kewangan AFC selamat untuk memenuhi visi kami bagi sukan itu di Asia ...

"Saya berharap anda akan faham bahawa kami akan memerlukan masa untuk pulih dan sehingga masanya itu kita harus menguruskan kewangan dan belanjawan kita untuk melindungi AFC, dengan bantuan jawatankuasa kewangan dan jawatankuasa eksekutif.

"Sebaik sahaja ia selesai, kita akan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk membantu dan menyokong semua anggota persatuan kita."

Sejak pandemik COVID-19 menular pada Februari, AFC terpaksa membatalkan atau menangguh sejumlah besar perlawanannya. Hanya perlawanan utama, Liga Juara-Juara Asia - diadakan di Qatar dan dijangka tamat tahun ini.

Kejuaraan tahap kedua Piala AFC dibatalkan sementara beberapa acara belia dan futsal ditangguh hingga ke 2021. Turut tergendala adalah perlawanan kelayakan wilayah bagi peringkat akhir Piala Dunia 2022.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita