Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola Sepak: Rodgers kecewa Paul Clement dipecat Swansea City

Mantan pengurus Swansea City, Brendan Rodgers "sangat kecewa" dengan pemecatan Paul Clement dari kelab bola sepak tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola Sepak: Rodgers kecewa Paul Clement dipecat Swansea City

Pengurus Celtic Brendan Rodgers. (Gambar: RUSSELL CHEYNE/REUTERS)

Diterbitkan : 21 Dec 2017 05:53PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 05:55PM

REUTERS: Mantan pengurus Swansea City, Brendan Rodgers "sangat kecewa" dengan pemecatan Paul Clement dari kelab bola sepak tersebut.

Clement, yang baru sahaja mengambil alih kepimpinan Swansea Januari lalu, dipecat semalam (20 Dis).

Meskipun berjaya menyelamatkan pasukan Swansea daripada tersingkir musim lalu, pengurus yang berusia 45 tahun itu dipecat kurang setahun kemudian setelah pasukannya hanya mampu memenangi tiga perlawanan sekaligus menduduki tempat paling bawah dalam Liga Perdana England.

Namun, Rodgers tidak menyalahkan Clement berhubung prestasi Swansea yang kurang cemerlang musim ini.

Jurulatih pasukan Swansea dari 2010 hingga 2012 itu berpendapat bahawa pasukan tersebut tidak menyerlah kerana pasangan penyerangnya, Gylfi Sigurdsson dan Fernando Llorente sudahpun berpindah ke pasukan lain.

"Beliau seorang jurulatih yang sangat bagus dan membuat perkembangan baik dalam pengurusan, tetapi malangnya ia berhubung pertandingan. Jika anda gagal mencatat hasil, anda akan sentiasa terancam (dipecat).

Swansea akan bertemu dengan Crystal Palace Sabtu ini (23 Dis) yang di bawah pengurus Roy Hodgson.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan