Skip to main content

Sukan

Bola Sepak Piala Asia: Qatar tewaskan Arab Saudi 2-0

Qatar menumpaskan Arab Saudi 2-0 untuk mendahului kumpulan E dalam kejohanan Bola Sepak Piala Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola Sepak Piala Asia: Qatar tewaskan Arab Saudi 2-0
Diterbitkan : 18 Jan 2019 05:17PM Dikemas Kini : 18 Jan 2019 08:03PM

ABU DHABI: Qatar menumpaskan Arab Saudi 2-0 untuk mendahului kumpulan E dalam kejohanan Bola Sepak Piala Asia.

Perlawanan tersebut lebih dilihat sebagai satu persaingan politik kerana ia merupakan kali pertama kedua-dua negara bertentang mata di padang bola, sejak Saudi bersama Amiriah

Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar pada Jun 2017, berhubung dakwaan Doha menyokong pengganasan.

Qatar menguasai permainan sejak dari awal lagi.

Almoez Ali hampir-hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-42 menerusi tendangan penalti.

Namun Hasan Al Haydos menjadi penyelamat Saudi.

Sejurus sebelum masa rehat, Almoez berjaya juga meraih gol pertama Qatar.

Dalam babak kedua, gol jaringan Almoez pada minit ke-59 tidak disahkan kerana bertindak kasar.

Tetapi itu tidak mengendurkan semangatnya untuk memburu gol kedua Qatar yang diraih pada minit ke-80.

Qatar bakal menentang Iraq dalam peringkat kalah mati manakala Saudi akan berdepan dengan Jepun.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita