Bola sepak: Pemain handalan Belanda, Arjen Robben umum bersara
Pemain handalan Belanda, Arjen Robben mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada usia 35 tahun setelah bermain bersama kelab handalan Jerman, Bayern Munich selama 10 tahun.
THE HAGUE: Pemain handalan Belanda, Arjen Robben mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada usia 35 tahun setelah bermain bersama kelab handalan Jerman, Bayern Munich selama 10 tahun.
Kontrak Robben dengan Bayern tamat hujung bulan lalu.
Sepanjang kerjayanya dalam bola sepak, Robben sudah bermain dalam 96 perlawanan antarabangsa bagi Belanda dan menjaringkan 37 gol.
Robben juga bersama pasukan Belanda dalam dua Piala Dunia pada tahun 2010 dan 2014.
Semasa 10 tahun bersama Bayern pula Robben membantu kelab itu menjuarai Bundesliga lapan kali, lima Piala Jerman dan sekali bagi Piala Liga Juara-juara.
Beliau membuat penampilan 309 kali dan menjaringkan 144 gol sebagai pemain Bayern.
Selain Bayern, Robben pernah bersama kelab Liga Perdana England Chelsea dan kelab terkemuka Sepanyol, Real Madrid.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.