Skip to main content

Sukan

Bola sepak: Pemain Cardiff Sala dikhuatiri mati dalam nahas pesawat

Pemain terbaru kelab Liga Perdana, Cardiff City, Emiliano Sala, dilaporkan hilang dan dikhuatiri meninggal dunia setelah sebuah pesawat kecil yang dinaikinya, dilaporkan hilang di Selat Inggeris.  

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Pemain Cardiff Sala dikhuatiri mati dalam nahas pesawat

Pemain terbaru kelab Liga Perdana, Cardiff City, Emiliano Sala. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Diterbitkan : 23 Jan 2019 09:37AM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 12:52PM

NANTES, PERANCIS: Pemain terbaru kelab Liga Perdana, Cardiff City, Emiliano Sala, dilaporkan hilang dan dikhuatiri meninggal dunia setelah sebuah pesawat kecil yang dinaikinya, dilaporkan hilang di Selat Inggeris. Satu misi mencari pesawat itu ditangguhkan pada Selasa (22 Jan).

Penyerang warga Argentina itu yang menandatangani kontrak pemindahan daripada kelab Perancis Nantes pada Sabtu untuk AS$19.3 juta (S$26 juta), sedang dalam perjalanan ke Cardiff dalam pesawat itu apabila ia tidak dapat dikesan radar sekitar 20 kilometer dari utara pulau Guernsey pada Isnin malam.

Misi mencari itu diteruskan pada Selasa sebelum ia dihentikan pada waktu malam. Polis di pulau Britain itu memberi amaran bahawa peluang untuk hidup amat "tipis" jika pesawat itu mendarat di air.

Operasi mencari selama 15 jam di kawasan seluas 3,000 kilometer persegi di Selat itu mengesan "beberapa objek terapung di permukaan air," tambah polis Guernsey.

"Kami tidak menjumpai sebarang tanda penumpang di dalam pesawat itu. Jika mereka mendarat di air, peluang untuk hidup pada tahap ini, malangnya, amat tipis."

Pihak berkuasa penerbangan awam Perancis mengesahkan bahawa Sala, 28 tahun, "berada di dalam pesawat itu". Seorang lagi penumpang dipercayai turut berada dalam pesawat tersebut.

Menurut polis Guernsey di pantai utara Perancis, juruterbang pesawat meminta untuk menurunkan ketinggian pesawat itu, sebelum kawalan trafik udara di Jersey terputus hubungan dengan pesawat itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita