Bola sepak: Mauritiana dapat pengajaran tewas kepada Mali di Piala Negara-Negara Afrika
Kekalahan Mauritiana 4-1 di tangan Mali di Piala Negara-Negara Afrika memberi pengajaran kepada pasukan tersebut dalam perlawanan sulungnya di kejohanan tersebut.
Mauritiana dapat pengajaran tewas kepada Mali di Piala Negara-Negara Afrika. (Gambar: FADEL SENNA/AFP)
SUEZ, MESIR: Kekalahan Mauritiana 4-1 di tangan Mali di Piala Negara-Negara Afrika memberi pengajaran kepada pasukan tersebut dalam perlawanan sulungnya di kejohanan tersebut.
Selepas beberapa dekad menjadi antara pasukan kebangsaan paling lemah dalam bola sepak Afrika, negara barat laut Afrika yang sebahagian besarnya kawasan padang pasir itu menyertai kejuaraan yang diluaskan kepada 24 pasukan itu buat julung kalinya.
Mauritania secara tetap menunjukkan peningkatan di bawah jurulatih dari Perancis Corentin Martins, tetapi mudah diatasi Mali yang berdepan kemungkinan dibatalkan penyertaannya menjelang perlawanan itu.
Persekutuan Bola sepak Antarabanga (FIFA) memberi amaran kepada para pegawai bola sepak Mali supaya menyelesaikan masalah pemilihan persekutuan bola sepaknya atau berdepan penggantungan, dan mereka mematuhinya walaupun terlewat empat hari menyenaraikan pasukan ke Mesir.
Mali sering melakukan kejutan di kejohanan ini, menamatkan saingan di tempat ketiga pada tahun 2012 dan 2013 selepas dua kali menyingkirkan pasukan tuan rumah, tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan dalam dua edisi terakhir.
Jurulatih Mohamed Magassouba memberi peluang kepada pemain-pemain muda namun gol pembukaan Mali dijaringkan salah seorang pemain mapan, kapten Abdoulay Diaby, 28 tahun yang melepaskan rembatan padu pada minit ke-37.
Moussa Marega, salah seorang penjaring terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA musim ini, menyempurnakan penalti sebelum masa rehat selepas penjaga gol Brahim Souleymane melakukan kekasaran ketika cuba menyelamatkan gol.
Adama 'Noss' Traore menjaringkan gol ketiga selepas babak kedua bersambung, tetapi Mauritania meraih gol sulung mereka menerusi sepakan penalti Hacen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.