Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Liverpool dilarang masuk ke Jerman kerana pandemik

Liverpool dilarang memasuki Jerman untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada 16 Februari ini kerana peraturan ketat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Liverpool dilarang masuk ke Jerman kerana pandemik

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Feb 2021 12:19PM Dikemas Kini : 05 Feb 2021 12:21PM

BERLIN: Liverpool dilarang memasuki Jerman untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada 16 Februari ini kerana peraturan ketat pandemik COVID-19.

"Polis persekutuan Jerman memaklumkan kepada RB Leipzig hari ini bahawa kes berkenaan tidak memenuhi kriteria untuk pengecualian perjalanan," kata kementerian dalam negeri Jerman dalam satu kenyataan.

Di bawah Peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) Leipzig mesti mencari jalan untuk menganjurkan perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara itu, atau berisiko diberikan kekalahan 3-0, tetapi perancangan untuk perlawanan itu diatasi oleh sekatan perjalanan Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif RB Leipzig Oliver Mintzlaff berkata kelab itu akan mencari lokasi alternatif untuk perlawanan itu.

"Kami sedang berbincang dan mencari penyelesaian. Kami akan bermain di tempat lain," kata Mintzlaff.

Leipzig, yang mara ke separuh akhir kejohanan itu musim lalu, dijadualkan melakukan perjalanan ke Liverpool untuk perlawanan kedua yang akan diadakan secara tertutup pada 10 Mac.

Keputusan pemerintah Jerman itu turut menimbulkan persoalan tentang status perlawanan Liga Juara-Juara antara Manchester City dengan Borussia Moenchengladbach yang akan berlangsung di Jerman pada 24 Februari ini.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan