Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Jurulatih baru S'pura Yoshida alami kekalahan pertama di tangan Myanmar

Tatsuma Yoshida mencatat kekalahannya yang pertama selaku Ketua jurulatih pasukan Singa pada Selasa (11 Jun) apabila anak-anak buahnya tumpas 1-2 di tangan pasukan Myanmar dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Hab Sukan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Jurulatih baru S'pura Yoshida alami kekalahan pertama di tangan Myanmar

Reaksi Khairul Amri apabila percubaan gol tersasar gawang (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 12 Jun 2019 12:45AM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 12:52AM

SINGAPURA: Tatsuma Yoshida mencatat kekalahannya yang pertama selaku Ketua jurulatih pasukan Singa pada Selasa (11 Jun) apabila anak-anak buahnya tumpas 1-2 di tangan pasukan Myanmar dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Hab Sukan Singapura.

Gol kedua dalam dua perlawanan oleh Gabriel Quak pada awalnya kelihatan memadai untuk pihak tuan rumah kekalkan kedudukan seri. Namun gol kedua dari penyerang Kyaw Ko Ko membawa kemenangan bagi Myanmar.

Nasib Yoshida lebih baik pada perlawanan pertamanya pada Sabtu apabila pasukan negara, yang menduduki tempat ke-160, mengalahkan Solomon Islands (ranking ke-139) 4-3, hasil jaringan Faris Ramli, Shahdan Sulaiman, Quak dan Hariss Harun.

Rembatan pemain penyerang Kyaw menemui sudut gawang pada minit kelima perlawanan, menghasilkan gol pembukaan bagi pasukan Myanmar (ranking ke-140).

Gabriel Quak samakan kedudukan dengan Myanmar dalam perlawanan 11 Jun (Gambar: Matthew Mohan/Mediacorp)

Pasukan Singa berjaya samakan kedudukan pada minit ke-20 apabila Quak menyempurnakan hantaran dari Huzaifah Aziz.

Gol itu seolah-olah menyemarakkan semangat pasukan tuan rumah dengan Quak dan Irwan Syah menggugat pertahanan lawan dengan permainan handal.

Pasukan Singapura yang meliputi hanya lima daripada 11 pemain yang memulakan perlawanan Sabtu, turut membuat percubaan pertama pada separuh kedua pertahanan, namun tendangan pemain tengah M Anumanthan tersasar gawang.

Pemain tengah M Anumanthan merebut bola dari pemain Myanmar (Gambar: Matthew Mohan/Mediacorp)

(Gambar-gambar: Matthew Mohan/Mediacorp)

Kyaw melepasi penjaga gawang Singa Hassan Sunny pada minit ke-67 untuk menghasilkan gol kedua Myanmar.

Yoshida menampilkan Hariss, Amri dan Shahdan untuk merubah corak permainan. Pemain veteran negara Amri nyaris-nyaris membuahkan hasil serta merta, namun tandukannya juga tersasar.

Peluang terakhir bagi pasukan Singapura juga gagal dimanfaatkan Shahdan, dengan tendangan percuma yang diberikan gagal menepati sasaran.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Yoshida menyuarakan rasa kecewa dengan keputusan perlawanan namun tetap memandang positif prestasi pemain.

"Para pemain berjuang dengan berani," menurut jurulatih bangsa Jepun itu. "Kami lebih yakin berbanding perlawanan pernama... namun gagal hasilkan serangan di petak penalti lawan.

Bagaimanapun beliau akur para pemain Singa perlu kekalkan tumpuan sepanjang perlawanan.

"Para pemain kadangkala hilang tumpuan namun sepanjang 40 minit dalam separuh pertama, mereka bermain dengan baik," tambah beliau. "Namun pada lima minit pertama, kami agak tergesa-gesa." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan