Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Johor Darul Ta'zim rasmikan stadium baru RM200 juta

Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) merasmikan stadium barunya pada Sabtu malam (22 Feb) dengan pertunjukan cahaya dan bunga api yang menakjubkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Johor Darul Ta'zim rasmikan stadium baru RM200 juta

Pembukaan Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Feb (Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 23 Feb 2020 03:35PM Dikemas Kini : 23 Feb 2020 03:46PM

ISKANDAR PUTERI: Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) merasmikan stadium barunya pada Sabtu malam (22 Feb) dengan pertunjukan cahaya dan bunga api yang menakjubkan.

Tempat acara sukan bertaraf dunia itu, yang menelan kos RM200 juta (S$66.6 juta) untuk dibina, boleh menampung sehingga 40,000 penonton dan terletak di kawasan Iskandar Puteri.

Ia dinamakan Stadium Sultan Ibrahim, sempena nama pemerintah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan direka berdasarkan bentuk daun pisang.

Padangnya dibuat menggunakan rumput asli yang diluluskan oleh Fifa dan mempunyai sistem saliran yang mencegah takungan air.

Ia juga dilengkapi dengan lampu LED serta lampu berwarna-warni bagi menawarkan pengalaman lebih baik kepada penonton.

Pembukaan stadium menandakan babak baru dalam sejarah kelab tersebut.

Stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor Bahru (Gambar: Fadza Ishak)

Stadium Sultan Ibrahim (Gambar: Fadza Ishak/Mediacorp)

Stadium baru itu menggantikan tempat asal JDT - Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, yang bertempat di Larkin dan boleh menampung sekitar 30,000 tempat duduk.

Stadium itu telah menjadi padang JDT sejak 2013 dan dalam tempoh tersebut, kelab itu membolot 13 trofi termasuk enam gelaran Liga Super Malaysia secara berturut-turut.

Mengulas mengenai perasmian stadium baru itu, pemilik JDT, Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata: "Tempoh tujuh tahun yang lalu adalah amat baik di atas dan luar padang buat JDT dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim ini menandakan satu kejayaan buat Harimau Selatan. "

"Sebagai sebuah kelab, JDT sudah melangkah jauh sejak penubuhannya pada 2013. Hari ini kami berjaya menjangkaui kebiasaan dalam arena bola sepak Malaysia, berusaha untuk menetapkan tanda aras baru yang secara tidak langsung meningkatkan standard dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa," katanya.

PEMANDANGAN MENAKJUBKAN

Kemuncak pembukaan stadium itu pada Sabtu adalah pertunjukan bunga api yang menerangi latar langit sekitar 15 minit.

Acara gala itu dihadiri oleh Sultan Ibrahim, Tunku Ismail, para wakil kerajaan negeri Johor serta puluhan ribu penyokong JDT.

Mereka dihiburkan dengan pertunjukan cahaya tekno, termasuk paparan cahaya maskot JDT - Harimau Malaya - memanjat bumbung stadium cukup dengan kesan bunyi ngauman.

Bentuk harimau yang dilakarkan dengan kilauan lampu kelihatan seolah-olah berkeliaran di sekitar stadium hasil kesan pencahayaan.

Pemenang anugerah Grammy dan penyanyi Britain, Leona Lewis juga menyampaikan lagu Bleeding Love, disambut meriah para penonton.

Stadium tersebut terletak di atas tapak seluas 140,000 meter persegi yang juga menempatkan Ibu Pejabat JDT.

Pusat latihan, cawangan beli-belah, kedai cenderamata dan restoran juga akan dibina di kawasan itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan