Bola sepak 'hidup' semula di Gaza di tengah runtuhan perang
Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Di sebuah padang di tengah-tengah runtuhan bangunan dan sisa binaan, pasukan Belia Jabalia berentap dengan Al-Sadaqa dalam kejohanan bola sepak pertama yang dirancang di Carikan Gaza dalam tempoh lebih dua tahun.
Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri, begitu juga dengan perlawanan kedua yang menampilkan Beit Hanoun menentang Al-Shujaiya.
Namun, para penonton langsung tidak kecewa; mereka sebaliknya bersorak dan menggoncang pagar kawat di sebelah Padang Palestin yang terletak di runtuhan daerah Tal al-Hawa, Gaza City.
Kanak-kanak lelaki memanjat tembok konkrit yang pecah atau mengintai melalui lubang-lubang pada runtuhan untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Seseorang dilihat sedang memalu gendang.
Youssef Jendiya, 21 tahun, salah seorang pemain Belia Jabalia dari kawasan Gaza yang sebahagian besarnya sudah kehilangan penduduk dan musnah akibat bedilan tentera Israel, menggambarkan perasaannya apabila turun padang: "Keliru. Gembira, sedih, riang, bahagia."
"Orang ramai mencari air pada waktu pagi: makanan, roti. Hidup agak sukar. Tetapi masih ada sedikit waktu tersisa dalam sehari, apabila anda boleh bermain bola sepak dan menzahirkan sedikit kegembiraan dalam diri anda," katanya.
"Anda datang ke stadium dengan rasa rindu kepada ramai rakan sepasukan... yang terbunuh, cedera, atau mereka yang sudah ke luar negara untuk mendapatkan rawatan. Jadi kegembiraan itu tidak sempurna."
Empat bulan sejak gencatan senjata menamatkan pertempuran besar di Gaza, hampir tiada pembangunan semula dilakukan. Tapak asal Stadium Yarmouk di Gaza City yang mempunyai 9,000 tempat duduk - yang dimusnahkan oleh tentera Israel semasa perang dan digunakan sebagai pusat tahanan - kini menempatkan keluarga pelarian di khemah-khemah putih, bersesak-sesak di atas tanah coklat yang dahulunya merupakan padang bola.
Untuk kejohanan minggu ini, Persatuan Bola Sepak Palestin berjaya membersihkan runtuhan daripada tembok yang runtuh di sebuah padang, memasang pagar, dan menyapu sisa-sisa runtuhan daripada rumput tiruan lama.
Dengan turun padang, pasukan-pasukan ini "menyampaikan satu mesej", kata Amjad Abu Awda, 31 tahun, seorang pemain untuk Beit Hanoun.
"Tidak kira apa pun yang berlaku dari segi kemusnahan dan perang dengan pembunuhan beramai-ramai, kami tetap terus bermain, dan meneruskan kehidupan. Hidup mesti diteruskan."

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.