Bola sepak: Gavin Lee diumumkan sebagai ketua jurulatih tetap pasukan Singa
Gavin Lee pada Jumaat (28 Nov) diumumkan sebagai ketua jurulatih tetap bagi pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Gavin Lee pada Jumaat (28 Nov) diumumkan sebagai ketua jurulatih tetap bagi pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Singapura.
Jurulatih berusia 35 tahun itu diperkenalkan secara rasmi dalam satu sidang media di Stadium Jalan Besar.
Pada Khamis, Mediacorp melaporkan bahawa Lee sudah ditawarkan jawatan sepenuh masa tersebut dan dijangka menandatangani kontrak tidak lama lagi.
Pelantikan itu dibuat menyusuli kejayaan Lee dalam memimpin pasukan kebangsaan mencipta kemenangan bersejarah yang melayakkan mereka ke kejohanan Piala Asia atas dasar merit buat julung kalinya.
Satu-satunya penyertaan Singapura sebelum ini ialah pada 1984, ketika mereka layak secara automatik sebagai tuan rumah.
Dalam perlawanan penentuan pada awal bulan ini, pasukan Singa bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Hong Kong 2-1 sekali gus mengesahkan tempat mereka dalam kejohanan tersebut.
Pada usia 28 tahun, Lee menjadi ketua jurulatih termuda dalam sejarah Liga Perdana Singapura apabila mengambil alih BG Tampines Rovers.
Beliau menyertai pasukan kebangsaan pada Mac 2024 sebagai sebahagian daripada barisan kejurulatihan ketua jurulatih ketika itu, Tsutomu Ogura. Lee kemudian menjadi pembantu kepada jurulatih dari Jepun itu.
Apabila Ogura berundur pada Jun atas sebab peribadi, Lee dilantik sebagai ketua jurulatih interim.
Sebelum pelantikan Lee, beberapa calon turut dikaitkan dengan jawatan tersebut, termasuk mantan penolong jurulatih Tottenham Hotspur, Nick Montgomery, dan Jesus Casas, mantan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Iraq.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.