Bola sepak: Firma teknologi ambil alih Home United; dinamakan semula Lion City Sailors FC
Pasukan Liga Perdana Singapura (SPL) Home United menukar namanya kepada Lion City Sailors Football Club menjelang musim baru setelah ia bertukar pemilik

Pengerusi Lion City Sailors FC, Forrest Li; Presiden FAS, Lim Kia Tong; dan Pengerusi Home United, Winston Wong, bergambar dengan baju jersi Lion City Sailors FC. (Gambar fail: SEA)
SINGAPURA: Pasukan Liga Perdana Singapura (SPL) Home United menukar namanya kepada Lion City Sailors Football Club menjelang musim baru setelah ia bertukar pemilik.
Firma teknologi Singapura, Sea - sebelum ini dikenali sebagai Garena, telah mengambil alih sepenuhnya kelab itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Forrest Li berkhidmat selaku pengerusi Lion City Sailors FC.
Sea adalah syarikat induk Shopee, Garena dan SeaMoney.
Garena sebelum ini terlibat dalam perjanjian penajaan bersama pasukan SPL, Young Lions pada 2016.
Perjanjian dua tahun itu, bernilai S$4 juta, adalah perjanjian terbesar bagi kelab itu dalam sejarah liga tersebut. Ia termasuk penajaan wang tunai S$2 juta, dengan lagi S$2 juta diperuntukkan bagi program pembangunan pasukan.
Di bawah pemilikan baru itu, Lion City Sailors FC menyasarkan pingat domestik dan tempat di Liga Juara-Juara AFC.

Kelab itu sudah bergiat aktif di luar musim, melantik bekas kapten Australia dan pakar taktik Adelaide United, Aurelio Vidmar, sebagai ketua jurulatih. Ini serta menandatangani pemain kebangsaan Hassan Sunny, Gabriel Quak dan Shahdan Sulaiman.
Lion City Sailors FC akan memulakan kempen SPL dengan perlawanan di padang sendiri iaitu Stadium Bishan, menentang juara bertahan Brunei DPMM pada 29 Februari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.