Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola Sepak: Adidas janji bonus sama kepada juara Piala Dunia Wanita

Adidas mengumumkan semua pemain dari pasukan yang menang di Piala Dunia Wanita FIFA tahun ini di Perancis akan menerima bayaran bonus yang sama seperti rakan-rakan bola sepak lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola Sepak: Adidas janji bonus sama kepada juara Piala Dunia Wanita

(Gambar fail: Logo Adidas)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 12:07AM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 01:09AM

REUTERS: Adidas mengumumkan semua pemain dari pasukan yang menang di Piala Dunia Wanita FIFA tahun ini di Perancis akan menerima bayaran bonus yang sama seperti rakan-rakan bola sepak lelaki. Syarikat pakaian sukan itu mengumumkan demikian pada Jumaat (8 Mac) dengan moto "Bayaran sama untuk bermain sama".

"Hari ini kami mengumumkan bahawa semua atlit Adidas dalam pasukan Piala Dunia Wanita FIFA yang menang akan menerima bayaran bonus yang sama seperti atlit lelaki," menurut Ketua jenama global Adidas Encik Eric Liedtke dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu menyusuli laporan bahawa pasukan negara wanita Amerika Syarikat sedang menyaman persekutuan bola sepak negara itu kerana didakwa mengamalkan diskriminasi jantina.

Kes saman yang difailkan itu termasuk aduan mengenai gaji. Menurut para pemain itu, mereka secara berterusan dibayar gaji lebih rendah berbanding pemain bola sepak lelaki meskipun prestasi mereka lebih baik.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan