Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Blackburn Rovers kelab bola sepak pertama UK anjur solat Aidilfitri di stadium

Anggaran Waktu Membaca:
Blackburn Rovers kelab bola sepak pertama UK anjur solat Aidilfitri di stadium

Gambar: Agensi berita/ Astro AWANI

ENGLAND: Kelab bola sepak Blackburn Rovers FC yang berpangkalan di Lancashire mengambil inisiatif menganjurkan solat sunat Aidilfitri di Stadium Ewood Park bagi ribuan masyarakat yang beragama Islam.

Ia sekali gus menjadikan Rovers sebagai kelab bola sepak United Kingdom yang pertama berbuat demikian, lapor Astro AWANI.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rovers, Steve Waggot, sambutan pada Selasa (3 Mei) itu menandakan satu perkembangan signifikan, bukan sahaja untuk kelab berkenaan tetapi juga untuk bola sepak di seluruh dunia.

"Untuk melihat kesemua ahli keluarga – yang sebahagian besar daripada mereka tidak pernah terfikir akan dapat menjejakkan kaki ke Ewood Park – berjalan di atas padang ini cukup memberi makna yang mendalam dan ia adalah sesuatu yang indah untuk diperhatikan.

"Dan kini mereka sudah melihatnya dan mereka mendapat satu pengalaman yang cukup indah. Harapnya mereka akan terus kembali,” katanya seperti dikongsikan melalui laman Twitter Blackburn Rovers FC.

Tambah Astro AWANI lagi, imam yang memimpin solat sunat berkenaan, Wasim Kempson, turut menzahirkan penghargaan kepada Rovers kerana membuka stadium tersebut untuk digunakan bagi majlis tersebut.

"Kami sangat berterima kasih kepada Blackburn Rovers kerana membuka pintu mereka, membenarkan kami menunaikan solat sunat di atas padang ini.

"Ia membuktikan hubungan baik antara masyarakat setempat dengan kelab bola sepak ini.

"Ini merupakan satu contoh untuk semua kelab di luar sana bahawa Rovers mengamalkan keterbukaan, selain membuktikan kita semua tetap boleh bersama di sebalik kepelbagaian," katanya lagi seperti dinukil oleh Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan