Bintang Spurs tidak sabar beraksi untuk peminat SG lagi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pesta Bola Sepak Singapura disokong oleh CDG Zig)
SINGAPURA: Bintang Liga Perdana Tottenham Hotspur, tidak sabar untuk beraksi lagi di hadapan para peminat Singapura. Mereka bakal kembali membuat penampilan di Stadium Negara di Hab Sukan Singapura selepas empat tahun.
Spurs akan berlawan dengan kelab Liga Perdana Singapura, Lion City Sailors, bagi Piala Harimau pada Rabu (26 Jul) dalam perlawanan pertama mereka sempena Pesta Bola Sepak Singapura. Pesta tersebut, yang disokong CDG Zig, akan berlangsung selama seminggu.

Pemain tengah Tottenham Hotspur Oliver Skipp berkongsi keghairahannya untuk berada di negara ini, semasa satu sidang media praperlawanan bagi Piala Harimau pada Selasa.
"Saya rasa ini kali ketiga saya berada di sini; saya datang sekali dengan akademi itu dan sekali lagi dengan pasukan pertama. Kami sentiasa berasa dialu-alukan dan kami sangat menyedari tentang peminat yang kami ada di kawasan ini. Ia sesuatu yang seronok untuk dapat menyumbang kembali menerusi masa kami dan bermain perlawanan yang baik di negara-negara ini. Kami benar-benar merasakan kasih sayang dan sokongan anda di Singapura," ujar Skipp.
Ketua Jurulatih Spurs Ange Postecoglou turut menambah bahawa pasukannya tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan pada Rabu. "Setiap kali kami mendapat peluang untuk bermain di luar negara, di hadapan para peminat yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan kami secara berkala, ia adalah peluang yang baik untuk kami menunjukkan kemahiran kami."

Stadium Negara malah, mula dibanjiri dengan para peminat pasukan itu, yang dilihat melambai-lambaikan jersi serta kain rentang seawal Selasa, sedang mereka menyaksikan Skipp serta rakan sepasukannya gigih berlatih semasa sesi Latihan Terbuka mereka.
Bagi pasukan Lion City Sailors, mereka menyifatkan perlawanan tersebut, yang bakal menyaksikan pasukan itu menentang pasukan terunggul Inggeris Spurs di tempat yang begitu ikonik, sebagai "cabaran yang menyeronokkan".
Mengulas mengenai pasukan yang bakal menjadi lawannya, Hariss Harun, kapten Lion City Sailors berkata: "Ia satu tentangan yang luar biasa dan saya rasa pasukan ini (Lion City Sailors) benar-benar tidak sabar untuk mencabar diri mereka menentang pemain yang bersaing di peringkat tertinggi Liga Perdana. Mereka berada dalam mod pramusim tetapi ia akan menjadi cabaran bagi kami dan kami tidak sabar untuk bermain dengan baik di sana esok."
Piala Harimau akan membuka tirainya pada pukul 7.30 malam pada 26 Julai. Pesta bola sepak itu juga bakal menampilkan bintang Liga Perdana Liverpool FC, yang akan beraksi di dua perlawanan di Stadium negara.
Pasukan Liverpool FC bakal cuba mempertahankan takhtanya bagi Trofi Standard Chartered Singapore, dengan perlawanan menentang Leicester City FC pada 30 Julai sebelum berdepan juara Bundesliga, FC Bayern Munich. Trofi Singapura itu akan disampaikan oleh Audi dan Standard Chartered pada 2 Ogos.
Pasukan Liverpool FC dijangka mengadakan Sesi Latihan Terbuka pada 29 Julai di Stadium Negara.
Tiket bagi Pesta Bola Sepak Singapura boleh diperolehi menerusi laman https://premier.ticketek.com.sg/shows/show.aspx?sh=SFFUM.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut, anda boleh melungsuri www.ticketek.com.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.