Bintang Spurs tiba di SG bagi perlawanan persahabatan dengan Lion City Sailors
Pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane dan Son Heung-min di Singapura pada 24 Julai 2023. (Gambar: Pesta Bola Sepak Singapura disokong oleh CDG Zig)
Lebih 50 peminat berada di hotel Pan Pacific Singapore untuk menyambut para pemain pasukan itu, yang melambaikan tangan kepada mereka sebaik sahaja mereka turun bas.
Mereka yang menunggu ketibaan pasukan berkenaan juga diberi lencana rasmi Spurs, menurut pihak penganjur TEG Sport.
Spurs pasukan luar negara pertama yang tiba di Singapura bagi Pesta Bola Sepak Singapura, yang akan berlangsung antara 26 Julai hingga 2 Ogos. Pasukan lain yang akan datang ke Singapura ialah Leicester City, Bayern Munich dan Liverpool.
Pasukan Inggeris itu awalnya dijadualkan bermain dalam Serie A bersama kelab AS Roma, tetapi pihak Itali itu mengatur semula jadual rancangan pramusimnya, menurut TEG Sport sebelum ini.
Spurs juga akan mengadakan sesi latihan terbuka pada Selasa (25 Jul) di Stadium Negara.
Liverpool dijangka menentang Leicester pada 30 Julai, sebelum bersemuka dengan Bayern pada 2 Ogos. The Reds juga akan mengadakan sesi latihan terbuka pada 29 Julai. Perlawanan dan sesi terbuka akan dijalankan di Stadium Negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.