Bintang Liverpool Mohamed Salah positif COVID-19
Penyerang handalan Liverpool Mohamed Salah diuji positif COVID-19 sehari sebelum pasukan negaranya, Mesir dijadual turun padang menentang Togo dalam perlawanan saringan Piala Negara-Negara Afrika, menurut Persatuan Bola Sepak Mesir pada Jumaat (13 Nov).
(Gambar: Agensi berita)
KAHERAH: Penyerang handalan Liverpool Mohamed Salah diuji positif COVID-19 sehari sebelum pasukan negaranya, Mesir dijadual turun padang menentang Togo dalam perlawanan saringan Piala Negara-Negara Afrika, menurut Persatuan Bola Sepak Mesir pada Jumaat (13 Nov).
Ujian swab yang dijalankan ke atas pasukan kebangsaan kami menunjukkan bahawa Mohamed Salah, bintang Liverpool, dijangkiti virus tersebut," dedah Persatuan Bola Sepak Mesir di laman Facebooknya.
"Pemain berkenaan tidak mengalami sebarang simptom. Para pemain lain diuji negatif. Salah menjalani protokol perubatan itu selepas doktor pasukan menyelaraskan ujian tersebut bersama dengan kelabnya di England. Selain mengasingkan diri di dalam biliknya, Salah juga mengasingkan diri daripada semua kenalannya."
Menurut Persatuan Bola Sepak Mesir, Salah akan menjalani pemeriksaan lanjut dalam masa beberapa jam akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.