Skip to main content

Sukan

Bintang Itali Antonelli jadi pemandu F1 termuda mendahului kejuaraan

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Itali Antonelli jadi pemandu F1 termuda mendahului kejuaraan

Formula One F1 - Grand Prix Jepun - Litar Suzuka, Suzuka, Jepun - 29 Mac 2026. Andrea Kimi Antonelli dari Mercedes semasa perlumbaan. (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 29 Mar 2026 10:59PM Dikemas Kini : 29 Mar 2026 11:05PM
SUZUKA, Jepun: Pemandu Mercedes Kimi Antonelli memenangi perlumbaan Grand Prix Jepun pada Ahad (29 Mac) untuk merebut kemenangan Formula One kedua berturut-turut. Ini sekali gus menjadikan Antonelli pemandu paling muda mendahului kejuaraan itu setakat ini.

Pemuda Itali berusia 19 tahun itu memulakan perlumbaan di petak pertama, tetapi kemudian jatuh ke kedudukan keenam semasa perlumbaan. Namun, dia bangkit semula dan berjaya melintasi garisan penamat dengan masa 13.7 saat di hadapan pesaing terdekatnya Oscar Piastri dari McLaren dan Charles Leclerc dari Ferrari.

Rakan sepasukan Antonelli, George Russell melepasi garisan penamat di tempat keempat dengan juara dunia Lando Norris dari McLaren di tempat kelima, di hadapan Lewis Hamilton dari Ferrari.

Kemenangan Antonelli di litar Suzuka memberinya kelebihan sembilan mata di hadapan Russell.

Pemandu Haas, Oliver Bearman, yang terkeluar daripada perlumbaan selepas keretanya terbabas, dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius selepas diperiksa oleh doktor.
Sumber : Reuters/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita